September 17, 2011

Literature Review

Bismillah dan As-Salam,


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

September 5, 2011

Marah

“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah” – Al-Hadith

May 23, 2011

Keperluan vs Kemahuan

Bismillah dan Assalamualaikum

Maaf lame tak bersiaran...Pertama-tama kepadatan jadual kerja yang agk merusingkan, kedua-dua kepale asyik berangan pasal rumah kt kampung tue. Ape le si 'anton' tgh buat skrg.. tgh pasang mozek kot? untuk pengetahuan pembaca 'anton' adelah jejaka seberang yang dilantik untuk menjalankan kerja2 ubaisuai rumah kampung gue...

kpd pemilik sang buddy, kawe blh tolong recemendkan kalau mahu...kehkehkeh

jom overview kronologi 'renovation' terbabit
             mac 2011 - kerja-kerja dokumentasi, menyediakan lukisan kerja untuk dihantar kepada authority
  hujung mac 2011 - bermulalah kerja melantik consultant dan kami telah memilih 'anton and de gang'
                             - kerja2 pengukuran tapak dan membuat foundation dijalankan


pic01: gmbr diambil pada awal april, beam dan column sudah dinaikkan. yang terjengah di pintu itu adalah bapak aku ya.


pic02: status pada awal mei 2011, bumbung dah naik, ceiling dah settle tinggal pasang mozek luar dan buat longkang


pic03: anton sedang memasang jubin di 'living area'.. sang buddy, yang x berbaju itu anton ya!

Sekarang hari2 call kampung tanya progress project, alhamdullilah dah banyak siap, skrg fasa terakhir touch up work. So, kalau nak tgk mcm mana keadaan rumah baru bapak aku jemput le datang ke kenduri aku ye pada bulan disember... tarikh sudah ada, cume tahunnya je x tahu bile.........

Apa kene-mengena dgn tajuk entrie...jawapannya xde kaitan pn sebenarnya, saja menamakan satu tajuk yang ilmiah kononnya....

p/s- tahniah diucapkan kpd en nordin marzuni dan pasangannya pn mesheta mohd nor diatas ijabqabul kalian berdua..doa kami semoga beroleh keluarga yang sakinah, mawadah warahmah. amin......

April 8, 2011

Kenapa saya memilih arkitek sebagai teman hidup?

Bismillah dan Assalaamualaikum

Entri ini dipinjam dari seseorg yang telah men'post'kan di dalam FBnya.........

1. Arkitek sangat sabar orangnya.

Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best..

Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

2. Arkitek tak kisah berjaga malam.

Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.

Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.

3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesen lain.

Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject.

Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.

4. Jimat kos buat rumah.

Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..

Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).

5. Rumah bersepah tak ape.

Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)

Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!

6. Kretip.

Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client.

Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).

7. Sensitip.

Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.

Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.

8. Secure!

Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la.

Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.
....

Kesimpulan: Mcmmane kalu dua-dua archie???....Kalau sabar kuasa dua gitu???....Yang penting, saya sudah memilih....anda bila lagi???

March 22, 2011

kalau jodoh itu boleh dipilih berdasarkan..

Entri ini telah dipinjamkan daripada blog Sang Buddy tanpa meminta keizinan daripadanya terlebih dahulu.....Maaf ye penulis blog tersebut......
1. berdasarkan susunan keluarga:
saya nak pilih anak kedua perempuan, sebab kata org anak no 2 nie agresif skit......2 yang buat aku suka tu......penuh dgn cabaran.....


2. berdasarkan pekerjaan:
motivator!!!, kalau aku down at least ada pakar nasihat yg akan bagi solution kat aku. xde le serabuk perukk. nak2 style ust. norbayah 2...


3. berdasarkan kemahiran hidup:
nak yang pandai anyam ketupat sebab ak memang xpandai anyam ketupat. kedua nak yang pandai buat layang-layang, sebab nanti bila anak mintak 'bapak' die ni ha buatkan layang-layang 'bapak' die akan cakap pergi menuntut dengan 'mama' dulu sbb 'bapak' lagi hebat dari 'mama'....


4. berdasarkan sejarah sekolah:
nak yang dulu sekolah kebangsaan cina. sebab mesti die pandai cakap cina kan. so bleh deal dgn nyonya-nyoyna, amoi-amoi dan juga yang sewaktu dgnnya utk dpt harga murah....


5. berdasarkan hobi:
nak yang suka jalan-jalan cari makan. ni jenis side2 serina redzwan pengacara jalan-jalan cari makan yang dulu tu...hahahah...sebabnye...pada aku food hunter yg gurl nie nampak comel....terserlah keayuannya.....


6. berdasarkan jenis kereta:
nak yang keretanya warna hitam sebab nampak elegan dan berkarisma.

harharhar

Terima Kasih

Bismillah dan Assalamualaikum.

Harap maaf....entri ini mengandungi unsur tahyul, khurafat dan sebagainya.....hendaklah dibaca dgn keadaan yang tenang dan seeloknya dimulai dgn 'Bismillah'

alahai dunia,
kata dulang paku serpih
ngata orang dia yang lebih
libya diserang......katanya gaddafi penyamun
dan yang menyerang itu........
bukan ke bapak penyamun????

kes sontot belakang rasanya dah x boleh pergi
sekarang timbul aksi baru
alahai malaysia kecoh lagi
macammane lah nak capai malaysia yang baru

parkir oh parkir
kerana dirimu begitu beharga
sampai mereka dah tak boleh nak pikir
ukhwah yang terbina dah xda harga

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mahasuci Allah, yang memiliki segala Kerajaan dan Kekuasaan
Kebanggaan, Kebesaran dan Keagungan

Aku berlindung kepada-Mu (Ya Allah) dengan keridhoan-Mu dari kemurkaan-Mu
Aku berlindung pada-Mu (Ya Allah) dengan karunia-Mu dari siksa dan bencana-Mu
Aku berlindung pada-Mu (atas segala bala dan musibah yang datang) dari-Mu
Aku tak dapat menghitung dengan segala pujian dan sanjungan yang kuucapkan pada Dzat-Mu

Sesuai dengan pujian yang telah Engkau berikan pada-Mu atas Dzat-Mu


March 3, 2011

b oh b

Bahasa jiwa bangsa
.
.
.
.
kenapa banyak perkataan yg agak kasar bunyinya bermula dengan huruf B
contoh
*angang
*abi
*ongok
*ahlul
*inatang
.
.
.
.
.
.
.
kadang kesian dgn huruf B jadi bahan carutan



February 20, 2011

Hari Keluarga

Bismillah dan Assalamualaikum

Semalam mendapat panggilan talepon dari kampung, berdebar2 mase dapat call 2 sbb jarang kampung call aku, selalunye aku akan call kampung dulu.........

aku: em......
ayah: assalamualaikum
aku: waalaikumsalam
ayah: ko x keje? (soalan wajib bapa ak, walaupun die tau kot anak die tue x keje ari sabtu)
aku: hari sabtu mmg org xkeje.....
ayah: ko bile nak balik nie!!!! (tande seru tu bkn die marah tp sbb suare die agk kuat ble bercakap ditalipon)
aku: x tau lagi....mggu depan org ade hari keluarga...mggu lagi satu ade progrm kat kolej ....mggu lagi satu la kot....kenape???
ayah: xde ayah nk mintak ko tlg lukiskan pelan rumah nie......org tukang dah datang tinjau2 da nie

dengan tibe2 bertukar gaye percakapan seorg arkitek yg dahagekan job



aku:
ye encik.....encik nk design macam mana????......saya bleh buatkan designnye dan buat utk submission skali.......cme kne bayar rm500 utk upah arkitek tandetgn saje.....yang laen foc siap dapat hadiah 3D rumah encik skali


ayah:
????????......nanti ko balik le


aku:
la??......



lepas dapat call tue terus bukak laptop....tgh ade idea yang mencurah-curah nie jangan disia-siakan.....berikut beberape option....
.

option 1


option 2


minggu nie aku sibuk nk siapkan drwg rumah kampung.......

Hujung minggu depan 26-27 Feb depan kantor aku akan mengadakan hari keluargenya di Bukit Gambang Resort City. Dan macam biasa tugas sampingan ak kat kantor tue...tukang buat banner....(tetap dan berpencen.....minta dijauhkan,,,penat ooo nk kuarkan idea mendesign....)


p/s~ secara jujur...sebagai seorg yg penah belajar psl form and space nie aku lebih gemar opt 2.....tp rsenye client aku nie lebih suka opt 1 kot......jap ...........punye panjang entry yg cite pasal hari keluarga cume satu perenggan aje???...kau da kenape azrin!!!!

February 11, 2011

Saya Perlukan Teman Wanita

Bismillah dan Assalamualaikum


fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai.
picture by nrg800; daviantART


Umur sudah menginjak ke 'quarter' abad dan semestinya fitrah untuk memiliki dan dimiliki membuak-buak ketika ini. Sebelum itu persoalan demi persoalan kembali menunjah ke benak pemikiran minda yang terbatas ini.

"aku baru 25 atau aku sudah 25?"

MasyaAllah masih banyak yang belum aku sempurnakan lagi.

Rontaan jiwa

Aku perlukan teman wanita.

Aku rasa sunyi. Aku rasa sepi. Aku mahu ada teman yang ada di sisi. Yang boleh diajak berkongsi itu ini. Yang sentiasa ada ketika aku memerlukannya. Yang mencari aku ketika dia pula yang memerlu.

Aku ingin ada teman, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi air mataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku.

Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman di sisi tiada.

Rasa diri ini sudah besar.

Rasa diri ini perlukan teman.

Cinta membuak-buak. Syara’ perlu dijaga. Maka aku inginkan teman. Biar diri tidak tercela.

Resah, gelisah, berpusing-pusing payah.

Siapakah yang mendengar suara hatiku?

Bantulah aku!

Muhasabah hati

Pause.

Wahai jiwa yang meronta. Aku hati memahami. Kondisimu yang tersepit ini aku juga merasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?

Kau kata perlu teman. Apakah atas dasar nafsu atau memenuhi tanggungjawab Tuhan?

Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke syurga, dan dari neraka menjauhkan?

Kau bising akan kesunyian, kesepian, itu aku memahami. Resah gelora gelisahmu itu bukan satu tipuan, itu aku tahu.

Cuma, dalam ketergesaanmu menuruti jejak kegelisahanmu itu, bukankah sepatutnya kau memandang dengan keluasan.

Bukanlah menjemput teman wanitamu itu, sekadar menyelesaikan masalahmu.

Tetapi ia juga menjemput banyak masalah dan tanggungjawab baru.

Memimpin manusia ke syurga, menjadi contoh 24 jam tanpa wujud kerehatan, mencari nafkah membina keluarga, mentarbiyah teman wanitamu itu ke jalanNya. Dan banyak lagi yang mungkin kau tidak terfikir dan jangka.

Apa, kau fikir dengan wujud teman wanitmu di sisi, maka hidupmu telah berakhir?

Tambah sedih kalau kau inginkan teman wanita dengan cara yang illegal di sisi Allah SWT.

Kadang-kadang kita lupa

Play.

Kadangkala, kita lupa akan tanggungjawab.

Berkahwin atas dasar nafsu semata memang akan wujud kerapuhan. Walaupun mungkin jalan yang diambil adalah syara’. Asas binaan terhadap rumah tangga bukan hanya perkara-perkara teknikal semata. Tetapi juga niat dan matlamat, kefahaman da kejelasan apakah erti membina keluarga.

Ramai orang menterjemah nafsu. Pada saya, hendakkan teman itu sahaja sudah satu nafsu. Tidak semestinya seks sahaja dikategorikan di dalam nafsu.

Ramai orang menterjemah kerapuhan rumah tangga. Pada saya, tidak mendidik anak dengan baik ke arah Islam, atau tidak berusaha membawa keluarga menjadi hamba yang diredhaiNya, itu sahaja sudah satu kerapuhan rumah tangga. Tidak semestinya perceraian atau pergaduhan suami isteri sahaja dinamakan kerapuhan rumah tangga.

Perkahwinan yang baik, rumah tangga yang baik, adalah apabila seseorang itu memahami apakah tujuan rumah tangga itu dibina, dan apakah sumbangan sebuah rumah tangga kepada ummah. Di sinilah dia akan melihat betapa tanggungjawabnya, lebih besar dari nafsunya. Di situlah, nafsunya akan dikekang kuat, agar dia sekurang-kurangnya berusaha untuk bersedia memikul tanggungjawab tadi.

Perkahwinan, rumah tangga, bukan isu personal sebenarnya. Ia adalah isu ummah. Batu-bata ummah adalah rumah tangga-rumah tangga. Sekiranya institusi rumah tangga ini hancur, maka rapuhlah ummah. Dan hakikat bahawa batu-bata bagi rumah tangga pula adalah individu, bukan boleh dielakkan. Justeru individu perlu memerhatikan perkara ini dengan serius. Kerana hal ini adalah tanggungjawab.

Bukan hanya tahu melayan gelora jiwa. Bukan hanya pandai berasa hati.

Penutup: Bukan isu menunggu sempurna. Isu merasa tanggungjawab dan berusaha

Kalau nak tunggu sempurna, memang sampai ke sudah kita tak akan berkahwin. Atau yang berkahwin silap haribulan akan rasa nak ceraikan pasangannya sahaja.

Manusia, memang tak akan sempurna. Berulang kali saya ingatkan.

Tetapi manusia boleh berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Sekurang-kurangnya, jika dia tidak menjadi sempurna pun, dia adalah hampir kepada sempurna.

Apa yang cuba dihighlightkan di dalam artikel ini adalah ‘tanggungjawab’.

Kadangkala remaja gelora jiwanya besar. Tahu nak kahwin aja. Perancangan tak ada. Kefahaman tak ada. Rasa tanggungjawabnya rendah. Disiplin diri tidak dibina. Peribadi tak dilatih. Akhirnya yang terlahir hanyalah rumah tangga yang tidak mampu menyumbang secara maksima untuk kegemilangan Islam. Ini sepatutnya diperhatikan dengan serius, jika benar kita hendak mengembalikan Islam sebagai pemerintahan dunia.

Di sinilah bicaranya.

Rasa perlukan Teman Wanita?

ihsan; Langit ilahi

January 27, 2011

AWAN NANO

Bismillah dan Assalamualaikum

"Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan meli
mpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibi
rmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu"

Alangkah bertuahnya menjadi awan, dangan izin pencipta-Nya ia memayungi mereka dari panas terik mentari dan bila mereka dahaga, awan jugalah yang mencurahkan hujan buat mereka juga dgn izin pencipta-Nya. Bait-bait lirik di atas merupakan petikan lagu yang mana ia mengaspirasikan pengorbanan bapa yang dianggap 'awan nano'. Bagi aku pula, 'awan nano'ku adalah kedua orang tuaku, Ibu ayah yang setia melindungi diri sehingga ke hari ini.

situasi 14thn dahulu; dan sehingga kini mereka tetap menjadi 'awan nano' ku dahulu, kini dan selamanya


'YA ALLAH YA TUHANKU,
ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka.
Aminn yarabillialamin. ..."



p/s~ Berikut link bagi lagu Awan Nano, sebuah video yang mempunyai 'story line' yang baik. Teringin satau hari nanti dapat menghasilkan video seperti ini.

http://www.youtube.com/watch?v=hs3XC8fYaac



January 26, 2011

'SESUATU' YG SEDERHANA.

Bismillah dan Assalamualaikum

Saya tertarik dengan satu artikel dari blog Langit Ilahi, penulisnya seorang anak muda yang lebih muda daripada saya tetapi karyanya jauh menunjukkan kematangan sebenar beliau. (maaf, terpaksa skema......salah satu azam ak sebenarnya utk memperbaiki cara penulisan aku...kot2 ade rezeki jadi profesor ke satu hari nanti)

http://ms.langitilahi.com/perempuan-yang-saya-suka-untuk-jadikan-pasangan/

di atas merupakan link pada blog beliau...serius sangat menyenangkan

Kita sering kali mengimpikan sesuatu yang begitu terbaik buat diri kita, tetapi kita lupa bahawa 'sesuatu' itu juga mengharapkan yang terbaik buat diri 'sesuatu' itu sendiri. Apakah definasi tepat untuk sesuatu yang terbaik itu?. Mari kita singkap konsep yang disarankan dalam Islam, dimana Islam selalu menekankan umatnya pada kesederhanaan...jadi apa maksud kesederhanaan itu?.

"Sederhana itu indah.

Untuk dunia dia menyenangkan.

Untuk akhirat dia menyenangkan.

Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.

Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.

Saya suka 'sesuatu' yang sederhana."

p/s~ memasang azam untuk menjadi 'sesuatu' yang menyenangkan dunia dan akhirat, tidak memberatkan sehingga org lain susah dan tidak pula meringankan hingga org lain terasa dilalaikan.




Perutusan Sulung.

Bismillah dan Assalamualaikum....

p/s~ perhatian entry ini sedikit meleret...anda dinasihatkan untuk memikirkan dua kali utuk membacanya.....


Saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa saya akan menamatkan................wahhhh...da macam nk buat pengumuman kahwin bagai........sabor ye azrin....kalau sudah jodoh tidak kemana.......kpd follower2 semua (ko pikir, ko artis nak ade follower bagai...hahahhaaa) sudah lama rasanya ak tidak menulis dalm blog ini. barangkali tulisan-tulisannya sudah usang yang mungkin sudah tidak signifikan dengan peredaran mase sekarang.....jap...ape yang ak merepek nie....haha....stop azrin!!!!....bak kata teman officemate aku ......

"kau dah kenape azrin!!!!"

walaupun 2011 sudah masuk hari ke 26 tp msh x terlambat untuk ak mengucapkan selamat menyambut tahun 2011, seperti tahun2 yg lepas......azam ak tahun ini nak melaksanakan azam2 tahun lepas yang masih tidak dapat dilaksanakan........(da le azrin oii......rasenye azam ko setiap tahun pun macam ni jugak kn????....so,,,,,do sumting dude......xkn tahun depan pn azam ko same jgk macam tahun2 yang sudah)....OK serios....sebenarnya tahun ini aku berazam untuk menjadi lebih matang.....walaupun org sekeliling ak asyik memperkatakan yg ak sudah cukop matang berbanding usiaku tp ade sisi gelapku yang masih lagi keanak-anakan......jadinya 2011 adalah tahun transformasi bagi aku, InsyAllah....

2011 mungkin permulaan yang baek buat ak...ak x pasti...tp berdasarkan pengalaman, aku akan lebih sukses jike ak ditugaskan utk menggalas amanah manusia....(malangnya amanah Allah sering ak lalai untuk melaksanakannye.....Astrgfillah..........mohon keampunan dariNya agar ak diampuni dosa-dosa dan ditetapkan iman ak), sbgi contoh mase ak di mengah rendah.....ak disibukkan dgn aktiviti pelajar skema....pendebat sekolah...pemidato......bertanding kuiz sejarah peringkat daerah dan bermacam lagi le dan ak berjaya menamatkan zaman menengah rendah dgn jayanya...Alhamdulillah......

logo sekolah menengah rendah aku

.bile masuk menengah atas....tiade wakil2 sume..hanye sorg pelajar yang seperti ade gam uhu dimulutnya...jarang bercakap dan akhirnya tidak sukses pn spm.....alahai azrin......


ikon sekolah menengah atas ak, Dewan Dato' Onn MRSM Muo

kemudian di matrik kembali menyibukkan diri.....menjadi tempat rujuk rakan2 praktikum dan alhamdulillah adelah hasil yng boleh dilihat.....masuk UPM 1st and 2nd yr memang hampeh habis.....berfoya-foya sgt......tp masuk 3rd yr bilamana berjaya merampas kerusi studio representative dari Hassan terus performance ak naik mendadak....rahsia????ak pn tak tahu yg penting adenye amanah kot bru aku boleh perform.....ntahla.............

Skrg ak diamanahkan untuk menjawat jawatan no.1 dalam program ak.....Ketua Program Sijil Pelukis Pelan....klu di UPM tu pangkat2 Ketua Jabatan le.....tp ak masih tak pasti adekah ianya same seperti pengalaman2 ak sebelum ni...diharapnya ak boleh menjunjung amanah yang diberikan ni....InsyAllah......