December 17, 2008

Tumpahnya air mata lelaki

MELIHAT seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasan dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?

Peristiwa yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan mengendalikan emosi.

Benarkah setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun, tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.

Begitu juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali.

Mengapa lelaki begitu mudah meluahkan emosinya menerusi air mata? Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan mereka menjadi sensitif, lalu dengan pantas mengalirkan air mata.

1. Pola asuhan

Nilai dan cara hidup seseorang dibesarkan adalah sangat berpengaruh kepada suatu keperibadian. Seseorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu memanjakan anak-anaknya akan membuat peribadi lelaki menjadi seorang yang manja dan sulit menerima situasi yang tidak menguntungkan dirinya.

Dia acap kali berasa cepat sedih dan marah tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan ikatan emosional yang sangat kental. Dia mudah menitiskan air mata saat mengenangkan emosinya yang terlalu dihimpit perasaan duka.

2. Budaya

Unsur budaya juga amat berpengaruh terhadap keperibadian seseorang. Dalam budaya hari ini, posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Maknanya, kebanyakan perempuan seharusnya tunduk kepada kaum lelaki. Anggapan bahawa lelaki berhak menguasai perempuan inilah yang terkadang membuat lelaki cepat menangis, saat dia berasa diancam oleh seorang perempuan yang memiliki kemampuan yang melebihi dirinya.

3. Hormon

Pada dasarnya, komposisi hormon dalam tubuh akan membentuk sebuah pola perasaan tertentu. Jadi, tingkah laku sensitif lelaki akan dilatar belakangkan pola yang dibentuk oleh hormon tersebut. Biasanya, peribadi yang berpotensi menampilkan perilaku sensitif adalah mereka yang memiliki pola sensitif. Cepat menangis adalah salah satu bentuk ketidakpuasan yang bersifat pasif.

Berhadapan dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah. Kamu tidak boleh terlalu keras atau terlalu menurut segala kemahuannya. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah untuk berhadapan dengan lelaki seperti ini.

* Bersikap tegas

Usah ragu untuk bersikap tegas apabila si dia sering bersedih. Kamu perlu berterus-terang kepadanya, bahawa kamu tidak suka dengan kebiasaannya itu. Mintalah dia untuk menyampaikan dan menjelaskan apa yang tidak diingininya. Ajak si dia menyelesaikan masalah secara berkompromi. Jangan biarkan si dia diam dan pergi saat masalah belum selesai. Ini akan membuat dia selalu mengulangi tingkahlaku seperti itu, atau akan menjadikan sikap sedih sebagai senjata menutupi kesalahannya.

* Contohi tingkah laku

Sekiranya selalu bersedih, fenomena tersebut boleh menjadikan rutin dalam kehidupan sehariannya. Sesekali cubalah kamu melakukan hal yang sama. Apabila dia bertanyakan masalah kamu, inilah kesempatan terbaik untuk kamu menjelaskan kepadanya tentang suasana kurang nyaman saat memiliki pasangan yang terlalu sensitif.

Salah tutur kata mampu membuatkan si dia terdiam lantaran akan tersinggung. Cubalah jelaskan kepadanya bahawa kebiasaannya tersebut mampu merosakkan komunikasi dalam sebuah perhubungan kamu berdua.

* Beri pujian

Alasan si dia sensitif kerana dia merasakan kurang kepercayaan diri menghadapi segala kelebihan yang kamu peroleh, adalah jarang sekali berlaku. Apabila alasan ini menjadi penyebab atas sikap sensitifnya itu, tidak salah kamu cuba memujinya setiap hari. Ini membuat dirinya berasa dihormati dan sentiasa diperlukan.

October 25, 2008

Agar diri dicintai

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.


FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.

Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* PositifJustify Full

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

September 27, 2008

SALAM IDUL FITRI

Kepada temen-temen dimana jua kamu berada. .aku ingin memohan ampun dan maaf jika terdapat ketelanjuran gue dimasa sudah. .

Pulanglah dengan selamat, berhati-hati dijalan raye. .ingat le orang yamg tersayang. .

SALAM IDUL FITRI

September 23, 2008

What The Fish?

LUMRAH
1.Lumrah hidup sebagai manusia ialah di sukai dan tidak disukai. Saya sendiri disukai,disenangi dan di sayangi oleh orang lain. Pada masa yg sama saya harus terima bahawa ada manusia yang tidak menyukai saya. Rasulullah sendiri, manusia teragung pun ada manusia yang benci akan beliau. Setiap manusia memiliki alasan tersendiri untuk menyukai dan tidak menyukai seseorang.

PENDAPAT
2.Manusia berbeza pendapat. itu lumrah. ulama berbeza pendapat.itu lumrah. itu sikap manusia. tapi bolehkah kita memaksa orang lain menerima pendapat kita?tak bolehkan..so let him decide.

TOKOH
3.setiap orang ada tokoh yang diminatinya.ada yang suka 1 tokoh saja. ada yang suka banyak tokoh. dia ada alasan untuk suka tokoh tersebut. mungkin sebab tertarik dengan kelebihan tokoh tersebut,dsb. setiap orang ada alasan masing2 untuk suka orang2 tertentu.

4.ada orang suka pemain bola sebab dia terer main bola,ada orang suka ahli politik,ada orang suka artis. ntah mcm2 sebenarnya.

PAKSA
5.orang yang suka sesuatu akan cenderung untuk mempertahankan apa yang disukainya.dan orang yg tidak suka pula pun akan cenderung untuk menyerang. normal semua tu. yang suka tak boleh nak paksa yang tak suka, dan yang tak suka sukar untuk meyakinkan yang suka. pening tak??

JIKA
6.jika anda tidak suka sesuatu,tak usahlah bercakap tentang benda tu. cakap pasal benda lain.
7.jika anda tak suka sesuatu, jangan paksa orang lain ikut kehendak anda.
anda ingat anda siapa?

TEGAS
8.yang suka ada alasan untuk suka.
9.yang benci ada alasan untuk benci.

HORMAT
10. jika tak suka, cukuplah anda seorang.
11. hormat orang yang suka.

SENANG
12.kan senang hidup kalau gini. tiada sakit hati,tiada permusuhan.

MINDSET
13.hati kita ni Allah yang pegang. bukan manusia. so kita memang sukar nak ubah.

BUKAN BENDA DASAR
14. tokoh mana yg disukai itu bukan benda dasar. ni benda furuk. so anda jangan buang masa.

MALAS
15. malas saya nak layan kerenah sesetengah manusia yang sebok mempersoal sesuatu. Anda kan banyak kerja lain.baik siapkan kerja tu.

THE END
16.marilah kita saling hormat menghormati. mari bertoleransi. mari memaafi.

SALaM
17. bye bye

hari penuh kebosanan

hah tinggal 3 ari je nk stay kt key el ni. .x sbr rsnye nk pulang berhari raye. .akukah tanggang?. .
jawapanye pade hari raye pertame nanti. .adakah aku benar2 tanggang ataupun sebaliknye. .

rs x seelese pabile space ku di opis direnovate. .hilang sudah privacy ku utk melayari tenet. .

di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maap kepada rakan2 opis tidak lupe rakan2 sekolah dulu. .

adios!

September 18, 2008

salam mubarak

hari nie masuk puase ke 18, tinggal 2 hari sblm ke 10 malam ramadhan terakhir. .pada malam tersebut terdapat satu malam yg dinamakan malam lailatuqadar. .

insyallah, sama2 le kita nantikan. .

September 17, 2008

seminggu

hari nie juge sudah genap seminggu perginye almarhumah marsiah sabran, nenda tercinta. .
yang hidup pasti merasai mati. .

semoge rohnye dicucuri rahmat
INSYALLAH.